Orang kata, kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang. Apa yang terjadi kalau ribut? Pokok yang tumbang. Itu yang berlaku beberapa hari lepas, ada ribut yang kuat dan banyak pokok tumbang.
 |
| Gambar sekadar hiasan. (credit goes to the original owner of the pic) |
Pokok2 yang tumbang kebanyakkannya pokok yang dah besar, 10-20 tahun atau lebih tua lagi. Pokok2 tu banyak berjasa kepada manusia, tempat kita dan haiwan2 lain berteduh ketika panas terik dan hujan. Kereta pun kadang2 berteduh bawah pokok tu juga.
Tiba2 terlintas difikiran saya, ada beberapa perkara yang dapat diambil iktibar dari kejadian pokok yang tumbang:
- kalau pokok yang gah berdiri berdekad2 di tapak yang sama pun boleh rebah ke bumi dalam sekelip n mata. Apatah lagi kita manusia yang kerdil ini? Rezeki, keselesaan dan hayat yang kita banggakan selama ini boleh ditarik balik oleh-Nya dengan sekelip mata saja. Adakah kita bersedia? Dapatkah kita redha?
- pokok besar yang kita ingatkan selamat dan kuat untuk jadikan tempat berteduh dan bergantung selama ini, boleh rebah ke bumi dengan tiba-tiba. Kadang2 kita terlalu bergantung sangat kepada 'orang diatas' yang memberi perlindungan kepada kita (pemimpin, boss, ketua gengster, dsb), sedangkan kita lupa yang sebenarnya kita hanya perlu memohon perlindungan dan bergantung harap kepada Allah SWT kerana Dia juga boleh menjatuhkan 'orang2 diatas' tersebut. Contoh paling ketara - Presiden Mesir dan Tunisia yang tumbang akibat revolusi rakyat, pastinya kroni2 yang perpuluh2 tahun bergantung rezeki pada mereka sakit kepala sekarang ni.
- pokok yang besar dan gah berdiri, ada hari ini, esok tiada lagi. Kita sebagai manusia kenalah sentiasa rendah diri, jangan bangga2 dan rasa diri besar dan hebat dari orang lain. Mungkin hari ni kita hero/heroin, esok entah apa akan jadi?
Saja nak berkongsi buah fikiran mengenai perihal disebalik pokok yang tumbang. Have a good day!